Tuesday, July 28, 2009

H1N1 ke?? ke selsema babi??

ASSALAMMUALAIKUM..
dan salam sejahtera...

Ketua kerani aku kena KUARANTIN seminggu.. semua punca dari anak dia ygang bersekolah kat shah alam.. tak pernah aku terpikir yg "serangan virus" ni, berjangkit pada orang2 yg berada begitu dekat dengan aku..

Pada aku la, sepatutnya ketua kerani aku tu mesti terus diasingkan atau dikuarantinkan untuk mengelak dari virus epidemik ( btul ke?? ) terus merebak..ni tak, khamis lepas dia blh lagi nak datang opis..dan jumaat dia terus diperintah kuarantin di rumah selama seminggu..dengar2 cerita anak dia confirm positif H1N1..dan bermula dari hari jumaat tu, staff yg dok sebelah work station dia pun dah mula demam2..tapi taktau la puncanya dari virus ni atau tak..tapi kitaran, perjalanan, timeline cite ni, blh menimbulkan panik pada semua pihak..

Kes2 seperti ini yg blh menimbulkan huru hara, panik semua pihak, bagi aku, tak menguntungkan memana pihak.. kita sendiri kena mengambil langkah segera dengan membuat penilaian, mana yang patut dan mana yang tidak..dah tau negara2 luar dari Malaysia tanah airku ni mempunyai peratusan jangkitan yang tinggi berbanding negara kita, janganlah kita cuba berangan-angan nak bercuti luar dari Malaysia.. hold dulu niat kita..dan pada sesiapa yang kaum keluarganya, sahabat handainya yg dikhuatiri telah dijangkiti dengan virus ni, fikirlah dengan fikiran yang waras cara2, kaedah2 untuk mengelakkan dari tersebarnya virus ni..

Bukanlah aku memandai nak menyedarkan org2 keliling..cuma aku baru 2 tahun je dapat status PAKCIK.. aku teringin nak tgk anak buah aku ni membesar dengan sihat, dan mungkin aku teringin nak membantu dia dengan menggunakan pengalaman hitam aku selama ni, dalam membimbing untuk memilih lorong yang tepat..bukan aku ingin melawan ketentuanNya, aku redha yg ajal maut ditanganNya.. tapi..sementara diberi peluang ni..mungkin ada je yg seperti aku tapi yg membezakan tujuan dan harapannya saja..

Sunday, July 26, 2009

takutkah kami..

Assalammualaikum..
dan salam sejahtera..

satu hari di hujung minggu..saja aku dgn kawan aku ni pk camana nak dapatkan extra money untuk perbelanjaan bulan ni..segala halangan kami ambil kira,dari mana nak dapatkan belon,nak blow belon tu,nak dapatkan stand utk belon2 tu,sume berjaya kami atasi..dan perancangan kami,kami cuba jual belon kat satu taman rekreasi awam yang blh dikatakan agak terkenal di Malaysia oh tanah air ku..dan belon kami blh dikatakan antara yg terbaik di seluruh dunia dari dan pengeluar belon tu antara pengeluar yg mempunyai lesen dari pemilik sebenar ( cth : walt disney ) untuk mencetak karektor2 kartun pada belon tu..kiranya belon kami ni bukan belon CAP AYAM la..hehe..teori kami..

TAMAN REKREASI AWAM + KANAK KANAK + BELON = KEUNTUNGAN LUMAYAN

tapi dalam semua perancangan kami tu ( yg blh dikatakan agak rapi dan tersusun ), kami tidak terfikir langsung yg kami SEPATUTNYA memerlukan permit atau lesen atau lebih tepat KELULUSAN DARI MAJLIS PERBANDARAN YG MENTADBIR DAN MENGUASAI SETIAP PENJURU KAWASAN TERBABIT UNTUK penjualan secara terbuka di taman2 awam di seluruh Malaysia oh tanah air ku..

sampai je kami ke taman tu,dengan semangat kami keluarkan stand,cucuk batang kat belon tu sume, tetiba kami dikejutkan dengan satu bunyi yg kuat..dentuman..accident..kami ingatkan mat rempit yg cuba lari dari polis atau tgh cuba mencari satu lg sentuhan utk satu lagi aksi ngeri..tgh kami cuba2 utk mencari angle yg menarik utk mengetahui akan kebenarannya, ada satu mamat ni tetiba meluru ke arah kami dan cuba utk merampas stand belon kami..kami cuba melawan ( naluri lelaki ),dan mamat tu trus kuarkan kad kuasa ( im the law ) Majlis Bandaraya..kami terkedu,rasa nak tergelak pun ada..sbb kami baru sangat sampai dan belum jual satu pun belon lagi..

lori Majlis Bandaraya pun sampai..dan mamat tu trus bawak stand belon kami kat lori tu..tgh kami kelam kabut susun ayat dgn muka kesian kami merayu dengan org atasan Majlis tu,cuba untuk dapatkan balik stand kami tu, baru kami dapat tahu mat rempit yg accident td tu sebenarnya MAT REMPIT YG JUAL AISKRIM..selalu kita dapat lihat mat rempit jenis ni..yg ada tong besar kat belakang moto,dgn loceng kelingkeling mcm sami buddha kat tokong siam..rupa2nya si penjual aiskrim ni telah diterajang dgn tanpa belas kasihan (oleh mamat yg rampas stand kitorang) sbb si penjual aiskrim ni cuba nak lari..dgn MATA aku ni,aku nampak si penjual aiskrim ni dengan siku, bahu, lutut yg penuh dgn luka cuba untuk selamatkan aiskrim yg bertaburan di tengah jalan..

kami, AKU terdiam..dah tak terfikir dah ayat2 nak pujuk org atasan tu untuk stand kami tu..aku hanya berminat untuk mendengar alasan, rayuan, pujuk rayu dari si penjual aiskrim untuk selamatkan moto 'cari makan' dia daripada disita..org atasan tu cuma mampu berkata "hari ni operasi, kamu takde lesen..kami terpaksa sita"..si penjual aiskrim ni angguk tahu akan kesalahan dia, tapi minta budi bicara baik dari org atasan tu, tapi jawapannya "sudah ramai pengunjung taman ni yang buat aduan, kami terpaksa sita"..terus si penjual aiskrim ni naik angin tanpa memikirkan luka2 kat badan tu.."kamu semua kalau bangsa tanah air ni sendiri yg sama agama dgn kamu cuba cari rezeki di tanah air sendiri, cukup laju kamu banteras, cukup laju kamu buat keje..kalau bangsa asing meniaga, siap bukak berpuluh meja kat tempat parking, takde la plak kamu nak rampas..berapa sen sangat yg aku dapat dgn jual aiskrim ni?? mana aku mampu nak rasuah kamu semua..aku cuma nak sara,nak bagi anak bini aku makan dgn rezeki yg halal, bukannya aku merompak..aku TAK TAKUT DENGAN KAMU..AKU CUMA TAKUT JIKA AKU TAK DAPAT BAGI ANAK BINI AKU MAKAN..KAMU TU YG PENAKUT YG TAKUT.......
--akan bersambung..

Saturday, July 18, 2009

Assalammualaikum..

dan salam sejahtera..

utk pengetahuan semua..ini adalah pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku (mungkin menggunakan perkataan TERPAKSA menerangkannya dengan lebih tepat..) mencatatkan, mempotretkan, mengabadikan dan berkongsi segala perilaku, perihal kisah kehidupan seharian aku pada laman sensawang ni untuk tontonan umum..

bukan bermaksud aku terlalu mengambil peduli dgn kemungkinan2 yang berlaku jika semua org sekeliling aku dapat mengetahui ( dan memberi membuat ulasan, penilaian, komen, mengadili, andaian, tafsiran sendiri tanpa pengawasan aku..hehe.. ) aktiviti2 harian aku, cuma tiada apa yang hebat berlaku dalam kehidupan seharian aku yang bisa mungkin menarik perhatian "peminat2" aku diluar sana tu..atau adakah mungkin aku terlalu berahsia?? **mungkin hanya aku lebih mempercayai diri aku sendiri, yg hanya aku mempercayai, mengetahui akan kebenaran perjalanan hidup aku ini tanpa perlu aku mengarang satu karangan indah yang berunsur khayalan, penipuan untuk umum meneliti kisah hidup aku, dan kemudian aku mengharap andaian2 yg positif dari mereka2 yg "umum" itu..atau aku takde bakat, idea untuk menggarap sesuatu yg hebat untuk dikongsi bersama??
**diharap ayat aku ni tak menimbulkan/mengakibatkan provokasi seperti kontroversi lagu indon nyanyian Ruth Sahanaya tu pada awal tahun 90an tu..hehe..

tp ada kalanya, aku tidak menyedari yg setiap perubahan kecil yang terpaksa aku ambil pada hari ini, memberi kesan yg besar pada masa depan aku.. samada ia baik atau buruk utk aku, sekurang-kurangnya aku sudah mencuba sebaik mungkin untuk memperbaiki diri aku sendiri..Neil Armstrong ketika pertama kali memijakkan kaki dan cuba berjalan di bulan berkata.." ini adalah satu langkah kecil untuk seorang lelaki..tapi satu langkah yang besar untuk umat manusia "..

* maaf jika penulisan yg teruk, penyalahgunaan bahasa untuk coretan aku ni, menggangu kehidupan kamu semua..