Saturday, July 18, 2009

Assalammualaikum..

dan salam sejahtera..

utk pengetahuan semua..ini adalah pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku (mungkin menggunakan perkataan TERPAKSA menerangkannya dengan lebih tepat..) mencatatkan, mempotretkan, mengabadikan dan berkongsi segala perilaku, perihal kisah kehidupan seharian aku pada laman sensawang ni untuk tontonan umum..

bukan bermaksud aku terlalu mengambil peduli dgn kemungkinan2 yang berlaku jika semua org sekeliling aku dapat mengetahui ( dan memberi membuat ulasan, penilaian, komen, mengadili, andaian, tafsiran sendiri tanpa pengawasan aku..hehe.. ) aktiviti2 harian aku, cuma tiada apa yang hebat berlaku dalam kehidupan seharian aku yang bisa mungkin menarik perhatian "peminat2" aku diluar sana tu..atau adakah mungkin aku terlalu berahsia?? **mungkin hanya aku lebih mempercayai diri aku sendiri, yg hanya aku mempercayai, mengetahui akan kebenaran perjalanan hidup aku ini tanpa perlu aku mengarang satu karangan indah yang berunsur khayalan, penipuan untuk umum meneliti kisah hidup aku, dan kemudian aku mengharap andaian2 yg positif dari mereka2 yg "umum" itu..atau aku takde bakat, idea untuk menggarap sesuatu yg hebat untuk dikongsi bersama??
**diharap ayat aku ni tak menimbulkan/mengakibatkan provokasi seperti kontroversi lagu indon nyanyian Ruth Sahanaya tu pada awal tahun 90an tu..hehe..

tp ada kalanya, aku tidak menyedari yg setiap perubahan kecil yang terpaksa aku ambil pada hari ini, memberi kesan yg besar pada masa depan aku.. samada ia baik atau buruk utk aku, sekurang-kurangnya aku sudah mencuba sebaik mungkin untuk memperbaiki diri aku sendiri..Neil Armstrong ketika pertama kali memijakkan kaki dan cuba berjalan di bulan berkata.." ini adalah satu langkah kecil untuk seorang lelaki..tapi satu langkah yang besar untuk umat manusia "..

* maaf jika penulisan yg teruk, penyalahgunaan bahasa untuk coretan aku ni, menggangu kehidupan kamu semua..

2 comments: