Tuesday, July 28, 2009

H1N1 ke?? ke selsema babi??

ASSALAMMUALAIKUM..
dan salam sejahtera...

Ketua kerani aku kena KUARANTIN seminggu.. semua punca dari anak dia ygang bersekolah kat shah alam.. tak pernah aku terpikir yg "serangan virus" ni, berjangkit pada orang2 yg berada begitu dekat dengan aku..

Pada aku la, sepatutnya ketua kerani aku tu mesti terus diasingkan atau dikuarantinkan untuk mengelak dari virus epidemik ( btul ke?? ) terus merebak..ni tak, khamis lepas dia blh lagi nak datang opis..dan jumaat dia terus diperintah kuarantin di rumah selama seminggu..dengar2 cerita anak dia confirm positif H1N1..dan bermula dari hari jumaat tu, staff yg dok sebelah work station dia pun dah mula demam2..tapi taktau la puncanya dari virus ni atau tak..tapi kitaran, perjalanan, timeline cite ni, blh menimbulkan panik pada semua pihak..

Kes2 seperti ini yg blh menimbulkan huru hara, panik semua pihak, bagi aku, tak menguntungkan memana pihak.. kita sendiri kena mengambil langkah segera dengan membuat penilaian, mana yang patut dan mana yang tidak..dah tau negara2 luar dari Malaysia tanah airku ni mempunyai peratusan jangkitan yang tinggi berbanding negara kita, janganlah kita cuba berangan-angan nak bercuti luar dari Malaysia.. hold dulu niat kita..dan pada sesiapa yang kaum keluarganya, sahabat handainya yg dikhuatiri telah dijangkiti dengan virus ni, fikirlah dengan fikiran yang waras cara2, kaedah2 untuk mengelakkan dari tersebarnya virus ni..

Bukanlah aku memandai nak menyedarkan org2 keliling..cuma aku baru 2 tahun je dapat status PAKCIK.. aku teringin nak tgk anak buah aku ni membesar dengan sihat, dan mungkin aku teringin nak membantu dia dengan menggunakan pengalaman hitam aku selama ni, dalam membimbing untuk memilih lorong yang tepat..bukan aku ingin melawan ketentuanNya, aku redha yg ajal maut ditanganNya.. tapi..sementara diberi peluang ni..mungkin ada je yg seperti aku tapi yg membezakan tujuan dan harapannya saja..

2 comments:

  1. saya setuju tu..takkan nak bagi satu opis berjangkit kot..nanti semua yg susah..
    selain tu takkan nak jadi 'pakcik je'..bile nak jadi 'bapak' pulok?...

    ReplyDelete
  2. pinjam topeng mask....klu ada

    ReplyDelete