Sunday, August 23, 2009

berpantang maut sebelum ajal..episod 1..

17hb Ogos 2009..

hampir sebulan kami stop activity kami..sume sbb ramli shooting kat sabah..malam tu, setelah ditolak, campur, darab dan bahagi semua faktor, untuk rohani dan jasmani, masuk gak kami ke studio recording malam ni.. at last..

pasti dari search, 2minutes 2midnight dari iron maiden, tornado of souls dari megadeth dan master of puppet dari metallica, dengan tenang je kitorang pukul sampai abis..mungkin tak sama macam dalam kaset, tapi bagi kami, ini adalah yang terbaik.. agaknya hasil yang terbaik ni mungkin datang dari penantian yg menyakitkan hati..

dan peluang yang datang, bukan untuk kami sebenarnya.. hehe.. peluang bagi mereka yang datang untuk sewa studio sebelah kami, telah membuka kotak pemikiran mereka untuk lebih mengerakkan kedua-dua belah tangan mereka.. hehe.. aku tgk mtv la ni, kebanyakannya mcm dave mustaine cakap "their right hand doesnt move.." hehe.. dan aku mmg banned mtv in my whole life.. hehe.. tak baik terlalu riak dan takbur di bulan ramadhan ni..

balik kepada cerita diatas.. aku cukup berpuas hati dengan instrument by ibanez sg and jcm marshall, mutu kesan bunyi line 6 dan tak lupa metal zone.. dan pengorbanan 2 jam sehari untuk 2minute 2midnight sepanjang pemergian ramli ke sabah, mmg berbaloi-baloi..hehe..

mungkin ini yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal..

tapi.. apa yang terjadi kat aku ngan ramli pagi tu.. paling tepat dengan berpantang maut dengan ajal..maut yang menimpa kami.. dari ajal yang ditetapkan oleh Allah swt..

dan bersambung..

1 comment: