Sunday, August 23, 2009

berpantang maut sebelum ajal..finale..

18hb Ogos..lebih kurang kul 6 pagi..
akhirnya..dah lebih kurang sebulan lower arm keta aku dah bagi petanda yg satu hari nanti, akan bagi seribu satu masalah utk aku..dan terjawab malah menjawab..
aku on the way nak gi keje.. saja kuar awal sbb nak antar ramli kat ampang dulu.. malam tu masuk studio, lepas gian org putih cakap..

proton perdana yang diterajui dgn enjin v6dan ditala khas oleh proton.. yang pada aku cukup berkuasa.. merogol kesejukkan pagi MRR2, simpang nak masuk ampang..dengan kelajuan lebih kurang 120km/j, di lorong paling kanan, lower arm aku patah..keta aku terbabas ke kiri jalan..kemudian berpusing ke tengah jalan..satu keadaan yang cukup meyakinkan aku dan ramli, yang mungkin kami sepatutnya terbabas, terpelanting, melayang ke seberang jalan.. keadaan lalulintas yang masih lagi terkawal ( 6pagi..sume baru nak bangun kot.. ), menyelamatkan kami dari berlanggar dengan kereta atau moto yang berkongsi jalan dengan kami..

dan kesan daripada kejadian tu..ramli yang trauma masih mampu mengawal lalulintas, duit aku melayang rm150 hanya utk towing, aku masuk keje lambat, skang ni terpaksa mengharap akak2 adik aku sudi meminjamkan keta dorang, dan mungkin aku harus peruntukkan lebih kurang rm1000 utk repair keta tu..perdana mungkin susah nak rosak, tapi bila skali rosak, mak aih..nak menangis rasanya..dan yang pasti, untuk masa seminggu 2 ni aku mungkin dok umah je..hehe..

dan yang tak bersalah menjadi mangsa..warga dari gombak menuju ke ampang, yang melalui MRR2 setiap pagi menanggung dosa akibat menghamburkan kata2 makian, sumpahan sbb jalan bertukar menjadi pemalu.. dari tiga lorong ke satu lorong.. hehe..

tapi..menangis pun tak dapat selesaikan masalah ni..yang pasti, aku ngan ramli masih mampu tersenyum atas towing truck, bersyukur yang umur kami masih panjang.. bagi aku.. inilah yang baru boleh dikaitkan dengan peribahasa " berpantang maut sebelum ajal".. selagi belum ajalku ditetapkan Tuhanku yang Esa, selagi tu aku masih boleh bernafas dan menikmati hidup ini..

2 comments:

  1. Sekurang-kurangnya bersyukurlah umur masih panjang.Itu tanda nya peringatan utk diri kita yang lupe le tuh....!

    ReplyDelete
  2. jgn main2 di atas jln raya....

    ReplyDelete