Thursday, August 6, 2009

Air dicincang takkan putus..

Subuh 1hb Ogos 2009, atok tersayang Chik Binti Lasim telah menemui rahmatullah setelah 85 tahun hidup dengan susah senangpahit manis dalam meneruskan kesinambungan untuk satu hubungan kekeluargaan..
Mungkin tarikh tersebut yang telah memisahkan kami semua dengan atok, tapi tarikh tersebut juga mungkin telah menyatukan kembali satu salasilah keluarga ( "yang telah lama terpisah" ) yang berasal dari Tanah Melayu Johor, Singapura.. Gabungan profail yang mungkin agak besar ini mungkin sedikit sebanyak telah merumitkan satu hubungan KEKELUARGAAN dgn tertanamnya perasaan iri hati, dendam, saling memusuhi, benci membenci satu sama lain..ini ditambah pula dengan gabungan bermacam² jenis profail dari besan, menantu, suami, isteri dari negeri² lain..
Ramai yang datang, berkumpul di Kg Bharu, Kuala Lumpur untuk memberi "penghormatan" terakhir untuk arwah atok..mungkin ada sebilangan saudara² yang hadir tu sebenarnya telah beberapa kali "berlanggar bahu" dengan aku, bermastautin berhampiran dengan aku..ada juga yang sanggup datang dari Singapura..ada yang sanggup tinggalkan karier, tapak konsert ( caya lu, kid )..yang memisahkan kami ialah aku hanya "kenal" pada nama ahli keluarga aku.. dan undang² sempadan negara juga sedikit sebanyak telah memisahkan kami.. dan juga memasing yang terlalu mengutamakan karier.. jika kami semua dapat berkumpul, bersatu semula macam ni dan antara mereka ( dengan mereka sendiri ) yang sanggup melupakan segala persengketaan semasa atok masih hidup, aku agak itu adalah hari yang paling menggembirakan atok..
Pada aku, aku gembira dengan pemergian atok.. gembira aku bkn gembira atok pergi tinggalkan kami, tapi gembira atok telah "BEBAS" dengan pelbagai jenis ubat², suntikan demi suntikan, dan paling aku sedih, penggunaan arus elektrik, hanya untuk "menghidupkan" kembali atok.. sekurang² atok tidak lagi terseksa, menanggung seksa tu sume dah..
Aku berdoa, kalau boleh aku ingin mewakili untuk semua ahli keluarga aku agar roh atok sentiasa dicucuri rahmat.. dan harap² kami semua akan lebih mengingati dan mengenang akan semua jasa² atok.. dan kami semua akan kembali bersatu atas nama kekeluargaan.. aku redha dengan pemergian atok, dan aku juga gembira atok telah bertemu dengan Allah..sbb atok akan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman, kerana aku yakin yang Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani dengan setiap hambaNya..Amin..

skang ni aku..
-- terfikir yang seminggu sebelum tu atok cite yang suami atok arwah Ahmad Tahir datang jumpa dia kat hospital..
-- teringat bila atok nak bagi upah kat aku, cara atok senyum bila setiap kali aku urut kaki dia.... hehe..cara dia senyum tu, aku tau yang aku mungkin telah gembirakan dia sebagai seorang cucu..
-- terkenangkan atok..

2 comments: